Wednesday 30 November 2016

E-DAGANG (FARAH DIANA RAHMAT 241944)

PENGENALAN

            Kemunculan internet di dunia telah mengubah seluruh aktiviti kehidupan manusia termasuk cara kita berbelanja. Ini kerana pada masa kini teknologi tidak boleh lagi diasingkan dari dunia perniagaan. E-Dagang adalah cara baru yang memudahkan pengguna disamping memberi peluang perniagaan yang luas kepada pengusaha. E- Dagang adalah merupakan perdagangan elektronik yang penggunaan rangkaian komputer di dalam aktiviti-aktiviti komersial. E-Dagang telah mengubah struktur, dan menyusun semula hubungan antara pembeli, pengusaha dan orang tengah. Malahan ianya mampu memberi keuntungan kepada banyak pihak seperti pihak bank, kad kredit dan syarikat penghantaran barang. Fenomena E-dagang atau perniagaan melalui internet merupakan revolusi baru dalam bidang keusahawanan. Kemajuan teknologi yang pesat dan membangun memberi impak maksima kepada industri perniagaan. E-dagang semakin mendapat sambutan apabila pelbagai aplikasi telah diperkenalkan untuk kemudahan perniagaan seperti Instagram, Facebook, Web-web E-Dagang yang mana merupakan pilihan pembeli pada zaman kini. E- Dagang adalah konsep perniagaan dalam talian yang menggunakan medium digital dan ianya lebih mudah dan cepat. Kemunculan internet telah membuka ruang kepada usahawan untuk menggunakannya dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif. Konsep E-Dagang ini membuktikan bahawa perniagaan adalah cepat dan menguntungkan hanya di hujung jari sahaja pembeli dan pengusaha dapat berkomunikasi. Malahan iklan, maklumbalas dan pembayaran juga mudah dilakukan. Kemudahan dan kelebihan ini menjadi faktor utama untuk para pengguna memilih konsep E-dagang dalam berbelanja.

1.0 SEJARAH E- DAGANG

            Pada tahun 1969, Internet telah diperkenalkan di Amerika Syarikat, sejak itu perkembangan evolusi E-Dagang telah bermula. Pada awal kemunculan E-Dagang, ianya tidak digunakan secara meluas, hanya beberapa sektor tertentu menggunakan kemudahan ini. Pada ketika itu, perkembangan penggunaan telefon mudah alih, internet dan sebagainya belum menjadi trend masyarakat. Hanya golongan tertentu sahaja yang mempunyai kemudah tersebut. Pada tahun 1990an, perniagaan menggunakan internet telah berkembang dan mendapat tempat di hati pengguna. E-agang melalui beberapa fasa iaitu pada fasa pertama (1994-1997) E-Dagang dalam proses pengenalan. Setiap syarikat yang terlibat dalam proses membangunkan laman web masing-masing untuk persediaan membangunkan perniagaan melalui internet. Pada fasa kedua (1997-2000) ianya lebih menumpukan soal jual beli yang akan dijalankan. Seterusnya pada fasa ketiga sehingga hari ini, E-Dagang semakin menunjukkan hasil positif dan memberi keuntungan berlipat ganda kepada peniaga. Ditambah pula dengan kemunculan telefon bimbit, komputer riba dan internet yang lebih stabil serta aplikasi yang canggih. Apabila dunia dilanda evolusi teknologi canggih, peluang perniagaan dalam talian ini lebih besar dan membangun dari hari ke hari dan Malaysia tidak terkecuali dalam mempraktikkan penggunaan teknologi ini. Terdapat ramai peniaga yang berjaya dalam industri perniagaan yang mana mereka bermula dari E-Dagang. Sebagai contoh, website membeli belah terkemuka Malaysia FashionValet, lelong.com dan sebagainya telah menjadi icon kepada industri perniagaan dalam talian di Malaysia.
            E-Dagang mempunyai dua kategori iaitu antara perniagaan dengan perniagaan yang lain dan antara perniagaan dengan pengguna. E-Dagang di antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan hubungan antara dua atau lebih syarikat yang berurusan. Manakala, E-Dagang antara perniaga dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir dengan pengguna. Sebagai contoh, Dominos Pizza telah melancarkan perkhidmatan menempah pizza melalui website yang mana memudahkan penghantaran, pembayaran dan menjimatkan masa pembeli. Ianya merupakan perkhidmatan dari peniaga terus kepada pengguna. Internet mampu mewujudkan rangkaian perniagaan yang besar antara pelanggan, peniaga dan pihak-pihak ketiga seperti bank, syarikat penghantaran barangan seperti Pos Malaysia, GDEX, dan sebagainya. E-Dagang merupakan perniagaan bertaraf dunia memandangkan transaksi jual beli boleh dilakukan secara global dan meluas. Semenjak penggunaan E-Dagang dipraktikkan, persekitaran elektronik telah dilengkapi ciri keselamatan untuk menjaga privasi dan keselamatan pengguna. Dengan ini, peniagaan dalam talian tidak lagi diragui malahan menjadi pilihan pertama untuk para pengguna diseluruh dunia. Seperti icon web perniagaan terkenal dunia E-Bay yang bermula pada tahun 1995 yang membawa pembeli dan peniaga dalam website yang sama untuk membuat transaksi jual beli melalui talian. Dengan ini, E- Dagang bukan sahaja mudah dan cepat tetapi ianya telah banyak membantu untuk memberi peluang ekonomi kepada pelbagai pihak dan ianya terbukti berjaya.
            Perniagaan internet atau E-Dagang tidak banyak bezanya dengan perniagaan konvensional yang mempunyai premis perniagaan. E-Dagang masih memerlukan produk dan perkhidmatan serta pembeli untuk membuat sebarang transaksi perniagaan. Perbezaan nya adalah pembeli dan peniaga tidak perlu bersemuka untuk melakukan transaksi, mereka hanya perlu berhubung melalui talian internet. Perniagaan atas talian adalah berteraskan kepercayaan, maka para pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini perlu mempunyai etika dalam melakukan sebarang transaksi jual beli. Kebanyakkan kes-kes penipuan di internet adalah dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab, dan hanya berniat buruk malah telah merosakkan imej peniaga online yang lain. Pada dasarnya, konsep E- Dagang ini adalah untuk menjimatkan masa, tenaga dan meluaskan perniagaan dengan lebih besar.
            Menyentuh tentang evolusi E-Dagang yang semakin pesat dan maju, tidak boleh disangkal lagi kebolehan dan perkembangannya dalam menjana ekonomi negara. Pastinya lebih inovasi dan kreativiti akan ditambah baik dalam merialisasikan konsep E-Dagang yang selamat dan menjadi salah satu cara mudah untuk masyarakat berbelanja pada masa akan datang. Kreativiti dan Inovasi sangat diperlukan dalam menaik taraf perkhidmatan pembelian secara online. Terutama dari pengeluar atau peniaga serta dari pihak berwajib untuk menunjukkan sokongan padu kepada perubahan positif bagi menjana ekonomi individu, syarikat dan negara.


2.0 KEPENTINGAN E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN

Kemajuan internet dan telekomunikasi pada masa kini memberi kesan besar dalam bidang perniagaan terutama perniagaan berteraskan E-Dagang. Berdasarkan kajian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), statistik pengguna Internet pada 2011 menunjukkan terdapat hampir 17 juta pengguna di Malaysia. Laman sosial seperti Facebook pula mencapai lebih 13 juta pengguna dengan purata individu menghabiskan masa 22.3 jam melayari Facebook selama seminggu. Dengan ini, terbukti bertapa kerap rakyat Malaysia menggunakan laman sosial pada setiap hari yang mana merupakan peluang perniagaan yang besar bagi setiap usahawan. Internet merupakan platform berkesan dalam menyampaikan maklumat kerana ianya lebih cepat dan tepat dengan sasaran. Ia juga menunjukkan aktiviti penjualan dan pembelian melalui Internet turut meningkat secara mendadak pada 2010 serta menyumbang 4.1 peratus berbanding negara maju lain. Dengan ini kepentingan E-Dagang dalam perniagaan tidak perlu diragui dan pasti membawa keuntungan yang besar.
            2.1 Memudahkan Urusan Perniagaan
            E- Dagang mendapat tempat dikalangan rakyat kerana terdapat pelbagai kemudahan dalam menguruskan perniagaan melaui dalam talian seperti kemudahan pembayaran melalui perbankan internet, penghantaran dan promosi yang meluas serta urusan jual beli dan transaksi adalah lebih cepat dan cekap. Terdapat ramai usahawan E-Dagang berjaya menambah baik status ekonomi mereka dengan urusan yang pantas dan meyakinkan terutama produk yang menjadi viral di kalangan rakyat. Sebagai contoh, pihak usahawan hanya perlu mengumpul tempahan melalui internet dan menunggu pelanggan membuat transaksi bayaran, selepas itu mereka boleh terus menghantar barang yang dibeli walaupun lokasi pembeli di serata dunia tetapi urusan tersebut lebih pantas dan menjimatkan masa kedua-dua belah pihak. Selain itu, E-Dagang memerlukan kos permulaan perniagaan lebih rendah, promosi pemasaran lebih meluas dengan sasaran pengguna lebih spesifik, pengurusan perniagaan lebih cekap dalam hubungan pelanggan dan kos pemasaran jauh lebih murah berbanding pemasaran konvensional.

            2.2 Pasaran yang Luas
            Internet merupakan rangkaian global yang menghubungkan pengguna dan memudahkan perkongsian maklumat melalui satu set protokol yang sama. Oleh itu, ianya membolehkan komputer dihubungkan kepada rangkaian untuk berkomunikasi tanpa mengira lokasi pengguna. Internet juga berkonsepkan komunikasi secara terbuka, yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti video, mel suara, rakaman, chatting dan sebagainya. Bersesuaian dengan konsepnya yang cepat, mudah dan meluas internet dapat menyampaikan maklumat dengan pantas tanpa batasan ke seluruh dunia. Dengan kemudahan ini, para pengusaha dapat memanafaatkan kelebihan internet untuk memajukan dan memperluaskan perniagaan mereka. Para usahawan mampu memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke seluruh dunia. Para pengguna E-Dagang juga dapat melihat gambar, video dan menghantar pesanan kepada kepada pengusaha dan pembeli walau di mana mereka berada dengan cepat dan pantas. Inilah yang digelar teknologi dunia tanpa sempadan yang canggih dan memudahkan.
            2.3 Menjana Ekonomi
            Kebanyakkan pengusaha E-Dagang seperti Ebay, Lelong.com, Fasionvalet, BellaAmara dan lain – lain telah membuktikan perniagaan melalui internet mampu menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit. Kos permulaan perniagaan tidak sebesar perniagaan konvensional tetapi pulangan keuntungan adalah sangat berbaloi. Selain itu, ia dapat menjana ekonomi individu dan Negara. Kebanyakkan pengusaha kecil menggunakan platform laman sosial seperti facebook dan instagram, kerana ia lebih mudah dan berkos rendah. Malahan ianya dapat membantu para suri rumah untuk menjana ekonomi mereka. Terdapat ramai pengusaha perniaga atas talian merupakan suri rumah sepenuh masa. Selain dapat menjana ekonomi keluarga mereka juga dapat menumpukan perhatian kepada anak-anak memandangkan perniagaan mereka berasaskan perniagaan dari rumah. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan dalam sinar harian 5 febuari 2016 pada masa ini, E-dagang menyumbang 5.8 peratus kepada KDNK Negara. Ini membuktikan sektor E-Dagang mampu menjana ekonomi Negara dan ianya akan meningkat pada masa akan datang.  
2.4 Mencipta Pengalaman Baru
            Konsep E-Dagang memberi evolusi kepada dunia perniagaan, dan sentiasa berkembang serta membangun dari masa ke semasa. Dari hanya mampu memesan barangan, kini E-Dagang memberi pelbagai perkhidmatan yang lebih kreatif dan Inovatif. Sebagai contoh laman web Tripadvisor mampu memberi pengalaman baru kepada pengguna internet yang mana mampu membuat tempahan hotel, tiket kapal terbang dan memberi tips bagi pelanggan yang ingin melancong ke seluruh dunia. Perkhidmatan seperti itu, sangat memudahkan kerana ianya menyediakan segala keperluan dalam satu laman web sahaja. Selain itu, terdapat juga web yang kreatif dan inovatif dalam menyediakan perkhidmatan lain dari yang lain. Seperti laman web Airbnb yang menyediakan perkhidmatan tempat tinggal untuk pelancong yang berkonsepkan homestay samada tinggal bersama tuan rumah atau rumah lain milik persendirian. Dengan kemudahan ini, para pelancong akan menikmati harga yang lebih murah berbanding dari hotel dan pemilik rumah pula dapat menjana ekonomi keluarga.

3.0 TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG DI MALAYSIA

            Berdasarkan kajian dari Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusan pada tahun 2015, individu di Malaysia yang berumur 15 tahun dan ke atas yang menggunakan Internet adalah 71.1 peratus iaitu meningkat 14.1 mata peratus berbanding 2013. Peratusan individu menggunakan komputer juga telah meningkat daripada 56.0 peratus pada 2013 kepada 68.7 peratus pada 2015. Sementara itu, 97.5 peratus individu menggunakan telefon bimbit pada 2015 berbanding 94.2 peratus pada 2013. Selain itu, aktiviti Internet yang paling popular dilaksanakan oleh pengguna Internet adalah mengambil bahagian dalam rangkaian sosial (84.3%), diikuti mendapatkan maklumat tentang barangan dan perkhidmatan (79.6%), memuat turun gambar, filem, video atau muzik, bermain atau memuat turun permainan (76.1%) dan menghantar atau menerima e-mel (68.4%). Termasuk juga aktiviti lain yang dilakukan oleh pengguna Internet adalah seperti perbankan Internet (27.4%), mencari pekerjaan atau menghantar permohonan kerja (14.7%) dan membeli atau membuat pesanan barangan atau perkhidmatan (E-Dagang) (16.1%).
Statistik tersebut menunjukkan bahawa tahap pengunaan E-Dagang atau media sosial sebagai tempat memasarkan dan membeli barangan semakin meningkat dan menjadi pilihan utama kepada pengguna yang rata-rata menganggap pembelian atas talian lebih mudah dan menjimatkan masa. Rakyat Malaysia kini, sudah terdedah dengan kepesatan pembangunan teknologi yang membantu dalam menjalani kehidupan seharian. Selain itu, Pihak kerajaan, badan bukan kerajaan dan syarikat korporat serta multinasional telah melancarkan perkhidmatan atas talian untuk pelbagai urusan. Sebagai contoh urusan-urusan rasmi pihak kerajaan seperti pembaharuan cukai jalan, pembayaran saman dan sebagainya. Penglibatan banyak pihak dalam penggunaan E-Dagang atau transaksi atas talian telah menjadikan medium ini semakin diterima umum.
Selain itu, Industri kecil dan sederhana (IKS) turut terlibat dengan penggunaan internet sebagai medium untuk memperomosikan dan memasarkan barangan dan perkhidmatan mereka. Kebanyakkan peniaga yang berasas dari rumah memilih E-Dagang sebagai platform perniagaan memandangkan kos yang lebih murah dan lebih mudah bagi mereka untuk membahagikan masa. Semakin hari E-Dagang semakin diterima masyarakat malahan ianya kini sebagai punca pendapatan utama bagi peniaga kecil yang baru memulakan perniagaan. 

4.0 CABARAN DAN HALANGAN PENGGUNAAN E-DAGANG

Cabaran dan halangan E-Dagang bukan sahaja kepada peniaga malahan juga memberi kesan kepada pengguna. Berdasarkan rekod aduan berkaitan E-Dagang yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) sebanyak 7,641 aduan telah dibuat pada tahun 2014 dengan kerugian berjumlah berjuta-juta ringgit. Ini memberi satu gambaran bahawa perniagaan atas talian mempunyai risiko yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan perniagaan konvensional. Oleh yang demikian, pelbagai cabaran dan halangan perlu dihadapi dalam proses mempraktikkan perniagaan digital ini.

4.1 Keselamatan
Peniagaan internet berisiko tinggi untuk berhadapan dengan masalah keselamatan memandangkan internet mempunyai rangkaian global yang luas. Peniaga lebih mudah terdedah kepada jenayah cyber yang mana kecurian data peribadi yang akan menjejaskan perniagaan dan membawa kerugian. Terdapat banyak web-web E-Dagang yang telah digondam oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri data penting dan juga pembayaran yang telah dibuat dari pembeli. Data-data peribadi pengguna telah terdedah kepada bahaya dan membuatkan pembeli hilang kepercayaan kepada pihak peniaga. Selain itu, peniaga akan kehilangan data pembayaran yang telah dibuat oleh pembeli, dan menyebabkan tempahan yang dibuat tidak dapat dihantar kepada pembeli. Masalah ini akan melibatkan kerugian yang besar kepada peniaga.
Kebanyakan perniagaan dalam talian ataupun E-Dagang adalah melakukan transaksi tanpa bersua muka, ianya berkonsepkan kepercayaan dan etika perniagaan sepenuhnya. Disebabkan itu, ada sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan perniagaan E-Dagang ini. Selain itu, bukan sahaja perniaga akan mengalami masalah ini, pengguna turut akan berhadapan masalah yang sama seperti berlaku penipuan kualiti barangan yang mana tidak sama seperti yang dipaparkan dalam iklan perniagaan. Hal-hal yang demikian sukar dielakkan kerana kebanyakkan peniaga atas talian tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah. Selain itu juga risiko pendedahan maklumat peribadi seperti alamat rumah, nombor telefon dan pelbagai maklumat sulit. Kebanyakkan pelanggan tidak memilih untuk berbelanja di internet kerana kerisauan mengenai perkara ini selain dari ditipu oleh peniaga.
4.2 Masalah Pembayaran
            Perniagaan atas talian atau E-Dagang membuat transaksi pembayaran melalui perbankan internet dan kredit kad. Jika pembeli mempunyai masalah kad kredit secara automatik ianya memberi kesan kepada peniaga yang mana pembayaran tersebut tidak dapat dijelaskan. Peniaga akan berhadapan dengan kerugian apabila pembayaran tidak diterima. Selain itu, peniaga juga berhadapan dengan penipuan daripada pembeli yang tidak membuat bayaran. Situasi menjadi lebih sukar apabila maklumat peribadi pembeli tidak boleh di kesan memandangkan pembeli boleh menggunakan akaun internet yang palsu. Disebabkan itu, jenayah cyber seperti ini sukar dikesan dan dikawal.
4.3 Masalah Gangguan Internet dan Masa
            Sebagai perniaga E-Dagang yang mempunyai pasaran yang luas, internet yang digunakan perlu stabil dan cukup untuk menampung akses dan transaksi yang dilakukan dalam perniagaan. Apabila masalah internet berlaku secara tidak langsung ianya akan menggangu perjalanan transaksi yang dilakukan. Selain itu, para perniaga perlu sentiasa berada di kawasan yang mempunyai akses internet. Para pelanggan yang berada di serata dunia memerlukan maklumbalas dengan segera. Selain itu, para perniaga perlu memberi fokus dan menumpukan sepenuh masa dalam melayan pelanggan tidak kira siang atau malam terutama bagi pembeli yang berada di luar negara yang mempunyai zon masa yang berbeza.
            4.4 Masalah Penghantaran
Masalah penghantaran kerap berlaku dalam perniagaan atas talian, ini kerana kadangkala peniaga tidak membuat penghantaran pada tarikh yang dijanjikan. Seterusnya menyebabkan kelewatan dalam penerimaan barangan. Disamping itu, syarikat penghantaran juga menghadapi pelbagai masalah dalam membuat penghantaran seperti masalah cuaca, pengangkutan dan sebagainya. Kelewatan ini telah menimbulkan masalah kepada pembeli yang memerlukan barangan tersebut dalam kadar segera. Dengan ini, perniagaan konvensional dilihat sebagai lebih mudah dan cepat.
4.5 Masalah Khidmat Pelanggan Dan Komunikasi
Komunikasi dan khidmat pelanggan sangat penting dalam bidang perniagaan. E-Dagang yang berkonsepkan komunikasi melalui internet sudah pasti akan menghadapi masalah dalam memberi layanan dan perhatian terus kepada pelanggan. Pelanggan hanya perlu menggunakan sistem untuk pembelian, secara langsung tidak akan berkomunikasi terus dengan peniaga. Dengan ini, para pelanggan perlu membaca penerangan yang telah dipaparkan oleh peniaga bagi mendapatkan maklumat terperinci. Oleh itu, sebarang soal jawab tidak dapat dijalankan secara terus dan jelas. Kebanyakkan peniaga juga memilih untuk tidak melayan pelanggan yang terlalu cerewet dalam urusan jual beli. Disamping itu, masalah kefahaman dalam penerangan yang diberikan juga akan terjadi, memandangkan penerangan maklumat barangan adalah dalam bentuk penulisan yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada pembeli terutama jika berlainan bahasa. Selain itu, pembeli juga sering tertipu dengan gambar yang ditujukkan. Peniaga tidak menggunakan gambar sebenar dan setelah pembeli menerima barangan mereka, berlaku ketidakpuasan hati kerana kualiti barangan adalah tidak seperti yang dipamerkan. Sejurus itu, mereka cuba menghubungi khidmat pelanggan untuk urusan maklum balas berkenaan barangan tersebut, tetapi mereka tidak akan dilayan. Situasi seperti itu yang membuatkan para pembeli menjadi trauma dengan perkhidmatan E-Dagang.
4.6 Kos Tersembunyi
E-Dagang selalunya melibatkan pembelian jarak jauh terutama dari luar negara. Perniagaan ini mempunyai kos-kos yang tersembunyi seperti kos penghantaran mengikut berat barang, dan cukai-cukai yang berkaitan jika barangan tersebut dari negara berlainan. Pembeli perlu lebih teliti dalam menilai harga dan pembayaran yang dilakukan. Kebanyakkan pembeli berasa teruja dengan harga yang dipaparkan sedangkan harga yang ditunjukkan semestinya belum termasuk kos-kos yang diperlukan bagi menghantar barang tersebut kepada pembeli. Dengan ini, kos akan menjadi lebih mahal berbanding barangan yang dibeli daripada peniaga konvensional. Sebagai contoh pembelian dari E-Bay, harga yang dipaparkan akan menarik minat pelanggan, dengan rasa teruja pelanggan akan segera membeli barangan tersebut, apabila ingin membuat bayaran, harga akhir akan dipaparkan beserta dengan pelbagai cukai dan caj perkhidmatan. Akhirnya pelanggan mendapati harga barangan tersebut tidak sama seperti yang dipromosikan di internet.

5.0 FAKTOR-FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG
            5.1 Individu
            Pada zaman kini, perkembangan internet dan teknologi canggih telah menghubungkan individu dan syarikat-syarikat secara digital dengan meluas tanpa sempadan. Dengan konsep cepat dan mudah, ianya menjadi daya penarik kepada masyarakat yang semakin sibuk dengan kehidupan harian sehingga tidak sempat mengunjungi premis atau perniagaan konvensional. Konsep pelbagai produk dalam satu laman web sudah pasti memudahkan bagi setiap individu untuk mencari barangan keperluan harian seperti baju, barangan dapur dan sebagainya. Lebih mudah lagi, ada peniaga E-Dagang yang menyediakan makanan yang telah siap dimasak mengikut diet sihat, dan dihantar terus kepada pembeli. Perkhidmatan dan barangan yang kreatif dan menarik seperti ini merupakan daya penarik bagi masyarakat. Selain itu, individu dapat membuat perbandingan barangan dengan lebih cepat, maklumat yang terperinci dan jualan murah yang diadakan. Individu juga boleh memeriksa stok barangan serta mendapatkan harga yang lebih berpatutan dengan membuat perbandingan barangan tersebut. Selain itu juga, pelanggan dapat menjimatkan masa dari beratur di kaunter bayaran.
            5.2 Organisasi dan Usahawan
            Penawaran dan permintaan merupakan asas perniagaan yang tidak dapat dipisahkan. Memandangkan dunia global yang moden, permintaan pelanggan adalah lebih luas, pelbagai dan terkini. Oleh sebab itu, para usahawan dan organisasi yang terlibat perlu turut serta dalam mengejar teknologi bagi memuaskan kehendak pelanggan. E- Dagang adalah merupakan platform yang baik bagi menambahkan keuntungan organisasi memandangkan internet menyediakan pasaran yang luas, pantas menghidu peluang, dan mampu memberi pulangan yang lumayan. Disamping itu, teknologi ICT semakin diterima rakyat dan mendapat sokongan dari kerajaan yang berusaha menambah baik dan memastikan keselamatan dalam menggunakan E-Dagang. Penggunaan E-Dagang ini adalah lebih meluas dengan penglibatan agensi kerajaan, syarikat korporat seperti bank dan pelbagai syarikat-syarikat lain serta peniaga dari rumah. Penyediaan internet yang baik dari syarikat telekomunikasi turut mendorong organisasi dan usahawan untuk menumpukan penjualan barangan dan perkhidmatan melalui internet. Oleh sebab itu, laman web E-Dagang boleh diakses dimana-mana sahaja walaupun di kampung dan luar bandar. Para usahawan juga dapat menjimatkan kos bagi sewaan bangunan dan premis perniagaan. Dengan ini, peniaga mampu mengurangkan kos untuk memiliki sesebuah perniagaan.

KESIMPULAN
            E-Dagang merupakan platform kemajuan kepada bidang perniagaan. Perkhidmatan E-Dagang terbukti membantu menambah baik ekonomi global selain dari memudahkan pengguna. Walaupun terdapat kelemahan dalam E-Dagang tetapi masalah tersebut masih boleh dibendung dan ditambah baik dari masa ke semasa. Konsep E-Dagang mencetuskan fenomena baru dalam mencipta, membuat dan menerima pesanan, sehinggalah memberikan perkhidmatan keseluruh dunia. Memandangkan perkembangan teknologi dunia semakin pesat, seharusnya kita menyahut cabaran itu bagi setanding dengan negara-negara maju. Kejayaan E-Dagang telah terbukti dan melahirkan ramai usahawan berjaya di Malaysia terutama usahawan muda. Konsep E-Dagang merupakan gaya hidup baru masyarakat yang bukan sahaja memudahkan malahan dapat menjana ekonomi negara. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan E-Dagang ianya perlu diusahakan bersama-sama untuk memastikan konsep ini terus berinovasi dan berkembang dalam jangka masa panjang. E-Dagang menawarkan peluang yang besar bagi negara dan mampu memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.
    
RUJUKAN

Rujukan Buku
E-man, Bidang Perniagaan 2010, Segambut Kuala Lumpur, Penerbitan Hartamas
Dr. Ravi Kalakota, Marcia Robinson, E-Niaga Panduan Untuk Berjaya 2008, Idaman       Print Sdn Bhd. Taman Melawati, Kula Lumpur
Mohamad Ridzuan Amin, E-Dagang dan anda 2009, Bandar Sunway, Pustaka Seri        Idaman

Rujukan Web
http://www.augment.com/blog/evolution-ecommerce-last-decade/ The evolution of E-Commerce telah diakses pada 3 November 2016


INDUSTRI PERTANIAN (NOOR BAIDURI BINTI MD PUAD 237325)

Pendahuluan

Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan,penternakann, dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun,dengan penanamn dan penternkan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembagunan masyarakat yang lebih padat dan bestrata. Kajian pertanian yang digunakan di Malaysia dikenali sebagai Sains Pertanian Pertanian merangkumi pelbagai teknik dan bidang termasuk meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan dan membuat pengairan.
Sektor pertanian sememangnya merupakan sektor yang terpenting bagi negara-negara membangun seperti Malaysia, malah ia merupakan antara ciri terpenting yang membezakan status negara-negara membangun dan negara-negara maju. Sektor ini jugalah yang telah menyumbang kepada asas pembentukan ekonomi Malaysia di dalam era selepas merdeka yang mana masa tersebut ,majoriti penduduk penduduk tertumpu kepada aktiviti ekonomi berasaskan pertanian dan perlombongan.
Namun, dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara, sektor pertanian beransur-ansur dipandang sayu,para petani juga tidak lagi berminat menjalankan kerja-kerja tani yang dahulunya pernah menjadi perkerjaan turun-temurun,lebih parah,generasi pelapis yang diharapkan akan meneruskan pekerjaan turun temurun itu lebih berminat berhijrah ke bandar-bandar besar mencari pekerjaan yang lebih menguntungkan dan standing dengan kelayakan mereka untuk mendapakan kehidupan yang lebih terjamin.
Selain itu, selari dengan ojektif kerajaan untuk meningkatkan peluang pekerjaan juga menjadi satu isu kepada industri pertanian dimana menyebabkan tenaga-tenaga muda untuk menguruskan industri pertanian semakin berkurang. Hal ini, kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik,peluang membaiki taraf ekonomi melalui pendapatan di sektor perkilangan dan perkhidmatan lebih terjamin,
Kekurangan ini akan menyebabkan perancangan yang baik dan pengurusan yang cekap tidak dapat dilaksanakan. Dismping itu, kekurangan dari segi pendidikan juga menyebabkan satu punca untuk golongan petani mendapatkan modal kerana mereka sukar memperolehi kredit daripada inititusi kewangan. Kekurangan modal merupakan penghalang untuk mereka menyerap teknologi moden. Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang teknologi moden, kebanyakan petani tidak mengunakan baka benih atau baja yang mempunyai pengeluaran tentang teknologi moden.

Kepentingan bidang pertanian
Sektor pertanian yang merupakan sektor ekonomi primer amatlah penting dari segi kepentingan sosial,ekonomi dan ekologi. Menuju kearah Wawasan 2020 merupakan impian dan visi semua rakyat Malaysia untuk menjadikan sebuah negara perindustrian yang maju dan berdaya saing.
Kepentingan sektor pertanian yang mampu keadilan sosial dapat dilihat melalui sumbangannya dalam meluaskan lagi peluang pekerjaan dan sebagai sumber pendapat utama kepada pendudu desa. Jurang kemiskinan juga dapat dirapatkan melalui pembangunan sektor ini. Majoriti masyarakat desa masih miskin dam ketinggalan, malah kehidupan mereka yang diumpamakan ibarat ‘kais pagi, makan pagi,kais petang ,makan petang’. Hal ini dapat diadaptasi melalui pembangunan sektor pertanian dengan bantuan kerajaan dari segi pemodalan, ewangan ,khidmat nasihat ,teknologi ,penyelidikan serta pembangunan. Hasil pertanian dapat dilipat gandakan melalui pembangunan sektor ini dan secara langsungkan menambahkan lagi peluang pekerjaan masyarakat desa dan meningkatkan pendapatan. Justeru, keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang dapat dicapai. Salah satu usaha kerajaan yang efektif ialah skim Felda. Melalui skim ini, tanah pertanian yang luas diagihkan mengikut nisbah yang sama rata kepada penduduk desa untuk dimajukan.
Selain itu, sektor pertanian merupakan bekalan bahan mentah yang amat penting kepada sektor ekonomi merupakan sektor ekonomi sekunder dalam pemprosesan makanan. Hasil pertanian merupakan input yang digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan yang boleh dijadikan sebagai produk eksport. Eksport makanan menggunakan hasil pertanian adalah seperti mentega,serbuk koko, serbu lada hitam dan pelbagai.
Disamping itu, jaringan eksport yang kini gian pesat membangun standing dengan negara-negara maju turut menjadi kepentingan dalam bidang pertanian di Malaysia. Sumber aliran masuk wang asing merupakan kepentingan dalam meingkatkan ekonomi negara dalam bidang pertanian,sebagai contoh pembelian baja dan anak-anak benih yang lebih bermutu dan berkualiti dari negara-negara luar seperti china, jepun dan negara-negara lain.

Potensi Bidang Pertanian
Sektor pertanian bukan lagi industry yang malap, sebaliknya ia mempunyai banyak potensi jika diceburi secara giat oelh pihak swasta dalam projek-projek pengeluaran bahan makanan seperti yang digariskan oleh dasar pertanian Negara Ketiga. Banyak peluang yang boleh diambil oleh pihak swasta selain untuk mengurangkan penggantungan kepada bahan makanan import.
            Pandangan masyarakat yang masih menganggap sektor pertanian sebgai sebuah sektor yang tidak mempunyai daya maju atau dikaitkan dengan faktor kemiskinan dan kedaifan haruslah diubah persepsinya supaya negara kita dapat mencapai tahap ekonomi dalam sektor pertanian selari dengan ekonomi dunia.
Selain itu, usaha dalam memajukan sektor pertanian perlu dibuat secara besar-besaran dan berterusan sebagai contoh, di komersialkan,latihan dan bengkel amali untuk golongan petani-petani dan sekaitannya serta penggunaan teknologi moden juga harus dipertingkatkan agar penghasilan produktiviti dapat ditingkatkan.
            Pengalaman negara-negara maju, seperti jepun dan sebagainya, penggunaan teknolohi moden khususnya mampu menyumbang kepada peningkatan hasil pengeluaran dn kualiti komoditi pertanian mereka dan menjaminkan hasil dan peroleh pendapatan yang tiggi. Disamping itu, pengeluaran mengikut kaedah moden dan terkini dapat menjimatkan tenaga kerja dan tenaga buruh kasar.
            Sektor pertanian semakin penting dalam menghadapi keadaan dunia yang semakin mencabar, dimana keadaan dunia perdagangan selari dengan proses globalisasi dan liberalisasi pasaran seperti pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA 2003) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia(WTO 2005)
Bagi memastikan sektor pertanian terus menjadi lebih menarik dan mendapat sambutan dimata rakyat, kerajaan telah membuat peruntukan kepada sektor pertanian dan asas tani melalui belanjawan yang telah disediakan  insentif tambahan bagi sektor ini, khususnya bagi projek pengeluaran makanan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Insentif ini termasuklah pengecualian cukai.
Komitmen kerajaan terhadap sektor pertanian cukup tinggi. Selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa membentangkan Belanjawan 2002 pada 19 Oktober lalu, menekankan betapa pentingnya aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan. Dan sektor pertanian telah dijadikan sebagai salah satu penjana pertumbuhan ekonomi negara di samping jaminan keselamatan makanan negara, beberapa insentif yang amat menarik telah diumumkan.
Antara insentif-insentif berkenaan meliputi pemberian pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh lima tahun ke atas pelaburan semula yang dibuat oleh syarikat-syarikat yang sedang beroperasi; memanjangkan insentif yang disediakan melalui Belanjawan 2000.
Sektor pertanian sedang menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi yang perlu ditangani melalui pemanduan pasaran dan teknologi. Industri pertanian perlu kembali menjadi penjana kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mencipta peluang pekerjaan kepada sebilangan besar rakyat negara ini.
Dengan langkah-langkah yang sedang diambil oleh pihak Kementerian Pertanian, kita yakin negara ini dapat mengeluarkan makanan sendiri. Seperti sektor lain, kita mengharapkan pertanian akan meletakkan Malaysia sebagai pengeksport hasil-hasil pertanian dan makanan tropika di dunia.
Cabaran/halangan bidang perniagaan dalam pertanian
·         Keluasan tanah yang terhad
Keluasan tanah yang terhad juga memberi impak kepada pengusaha pertanian menghadapi halangan atau masalah yang berkaitan dengan tanah seperti keluasan tanah yang tidak ekonomik,kekurangan tanah kosong bagi melakukan aktiviti pertanian merupakan halangan yang sangat signifikan bagi kawasan bandar kerana persaingan guna tanah ntuk pembangunan lain. Lazimnya, aktiviti pertanian akan bertolak ke pinggir bandar.
Selain itu, halangan terhadap kekurangan tanah didalam kawasan bandar, keluasan tanah yang tidak ekonomik juga menjadi penghalang dalam aktiviti pertanian bandar. Pengusaha pertanian mempunyai tanah untuk bertani di dalam bandar, namun saiz atau keluasan tanah amat terhad dan menyukarkan mereka untuk meluaskan aktiviti pertanian mereka. Disamping itu, mencari tanah yang sesuai untuk tanaman juga menjadi halangan dalam aktiviti pertanian bandar.
·         Halangan modal
Selain itu, kekurangan modal juga dikesan sebaigai salah satu cabaran dan halangan, ini kerana modal merupakan salah satu input penting didalam apa jua kegiatan ekonomi. Dengan itu, aktiviti pertanian amatlah memerlukan modal yang besar untuk menanggung kos-kos pengeluaran, seperti baja, benih-benih, jentera-jentera dan sebagainya. Pengusaha pertanian menghadapi halangan modal dari segi penggunaan modal semula dalam aktiviti pertanian itu sendiri. Kebanyakan pengusaha mengalami kekangan kewangan untuk membeli alatan pertanian dan perkakas-perkakas lain yang diperlukan. Dengan itu, masalah kekurangan modal ini adalah disebabka kemudahan kredit dan input yang terhad. Pengeluaran pertanian dapat ditingkatkan secara berkualiti sekiranya wujud kemudahan kredit ia lebih memudahkan  untuk penggunaan input pertanian supaya dapat dirancang dengan baik dari segi penghantarannya serta penggunaannya.

Sokongan dan bantuan kerajaan kepada pertanian
Kemudahan sokongan dan bantuan perniagaan merupakan bantuan serta perkhidmatan yang diberi oleh kerajaan dan agensi-agensi swasta untuk membantu usahawan dalam memulakan perniagaan baharu atau untuk membangunkan perniagaan yang sedia ada. Bentuk-bentuk kemdahan sokongan dan antuna yang disediakan ialah bantuan kewangan , bantuan teknikal, bantuan maklumat, khidmat nasihat dan perundingan, latihan, seminar dan bengkel kerja, program-program pembangunan usahawan serta bantuan penyelidikan dan pembangunan.
·         Bantuan kewangan
Kemudahan kewangan dapat membantu usahawan untuk membiayai sesuatu perniagaan nahary atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Untuk tujuan ini, usahawan boleh mendapatkan bantuan kewangan atau dana daripada agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), bank perdagangan dan institusi kewangan yang berlesen
·         Bantuan pemasaran
Kemudahaan pemasaran adalah sangat penting dalam  membantu usahawan untuk mengedar dan memasarkan produk atau servis sama ada didalam negara atau diperingkat antarabangsa. Antara agensi-agensi kerajaan yang menyediakan bantuan ini ialah MARA, FAMA, MATRADE
·         Latihan , seminar, dan bengkel kerja
Tujuan latihan utama latihan, seminar dan bengkel kerja ini adlah untuk menanam dan meningkatkan keusahawanan melalui latihan peningkatan keusahawanan serta member pendedahan kepada para usahawan dan bakal-bakal usahwan tentang cara-cara pengurusan perniagaan yang lebih bersistematik.
·         Bantuan maklumat,khidmat nasihat dan perundingan
Para usahawan dan bakal-bakal usahawan perlu mendapatkan maklumat tentang peluang-peluang perniagaan, perangkaan,penemuan-penemuan baharu,teknologi,penyelidikan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dengan pernigaansama ada sebelum memulakan perniagaan aau untuk tujuan mengembangkan perniagaan. Kemudahan –kemudahan maklumat ini bole diperoleh di Institusi Keusahawanan Negara(INSKEN) dan dipusat Bimbingan Usahawan Negara(PBUN) yang mana berperanan sebai pusat rujukan juga menyediakan khidmat nasihat keusahawanan.

Kesimpulan
Usaha bagi mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya saing akan diteruskan. Usaha-usaha ini amatlah penting memandangkan pasaran global akan mengalami liberalisasi perladangan akibat perlaksanaan AFTA dan rundingan WTO. Hasil pengeluaran pertanian dan produk yang diproses negra kita perlu mempunyai kecekapan kos dan berkualit supaya dapat bersaing dengan keluaran daripada negara-negara pengeluar yang lain. Sektor pertanian yang lebih moden,dinamik dan berdaya saing akan juga menjamin petani, penternak dan nelayn untuk meraih pendapatan yang lebih tinggi dan stabil.

 Rujukan
·         Buku
1.    Keusahawanan teori dan praktis, Norita deraman
2.    Entrepreneurship (OUM), Norashidah Hashim
·         Website
2.    www.moa.gov.my



E-DAGANG (AFIEZAYATOUL MUNAWARRAH BINTI AKASHAH 241906)

1.0 PENGENALAN

Perdagangan elektronik, e-dagang atau dalam Bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan penggunanya iaitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. Melalui konsep e-dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih fleksibel, boleh memiliki pertubuhan/syarikat maya atau hanya beroperasi di rumah dan pasaran perniagaannya adalah lebih meluas iaitu serata dunia dan ia beroperasi 24 jam tanpa henti.
Dengan E-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di serata dunia. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi e-dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Penggunaan e-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan peningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat. Walau bagaimanapun, perkara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan.
Terdapat pelbagai maksud dan istilah berkaitan konsep ini. Sebagai contohnya e-dagang atau e-perniagaan yang kedua-duanya merangkumi maksud transaksi elektronik yang sama seperti Perniagaan kepada Perniagaan, Perniagaan kepada Pengguna, Pengguna kepada Pengguna ,mobile commerce dan lain-lain lagi. Terlalu banyak pentafsiran berkaitan e-dagang dan e-perniagaan ini, dan sekiranya di lihat ia nya adalah sama yang membezakannya hanyalah istilah sahaja. Konsep berkaitan e-dagang ini bergantung kepada pandangan seseorang itu. Walaubagaimanapun, ia meliputi segala aspek urusan perdagangan dan kewangan yang bukan hanya bergantung kepada urusan jual beli semata-mata. Ia juga berperanan bagi meluaskan hubungan perdagangan ke serata dunia menerusi penggunaan teknologi masa kini yang tidak terbatas. 
Tambahan pula, skop e-dagang ini meliputi pelbagai pihak antaranya penjual, pelanggan, pembeli, orang awam dan juga organisasi. Perlu diketahui  juga, perkembangan e-dagang ini bermula daripada internet. Hal ini membuktikan penggunaan internet merevolusikan aktiviti perdagangan menjadi aktiviti terpenting dalam mengutamakan perkembangan ekonomi yang pesat dan maju. Kewujudan e-dagang juga berupaya melicinkan perjalanan aktiviti perniagaan dan transaksi kewangan tidak mengira had dan sempadan. Segala perhubungan dan penyebaran informasi perdagangan mencorakkan titik penting dalam pengusaha mengembangkan dan memperluaskan penggunaan e-dagang secara global.

2.0 SEJARAH DAN EVOLUSI E-DAGANG

Kesan e-dagang berlaku dalam beberapa fasa. Dalam fasa pertama (1994-1997), e-dagang berkait dengan pengenalan memastikan bahawa semua orang mempunyai laman web dan memenuhi tuntutan bahawa semua syarikat besar atau kecil mempunyai laman web mereka tersendiri. Orang ramai masih tidak pasti sebab dan mengapa mereka melakukannya tetapi mereka perlu memastikan kewujudan mereka dalam alam maya di sedari masyarakat.
Fasa kedua e-dagang (1997-2000) ialah tentang urus niaga – menjual dan membeli menggunakan medium digital. Tumpuan dalam fasa ini ialah kepada aliran pesanan dan hasil kasar. Antaranya ialah menemukan pembeli dengan penjual yang tidak mungkin akan bertemu pada masa lalu. Sebahagian daripadanya hanya sekadar melakukan urus niaga yang pada masa dahulunya di lakukan melalui pesanan belian kertas dan mengatakan bahawa perniagaan ini dilaksanakan melalui internet walaupun maksud perubahan itu agak remeh. Namun, dalam fasa ini tumpuan diberikan kepada aliran pesanan melalui cara : model perniagaan “mengapa perlu jual sedangkan anda boleh memberinya percuma”. Akibatnya banyak syarikat memasuki fasa ini seperti Value America sukar bertahan, berada dalam keadaan tenat atau dibebani hutang besar.
Kini e-dagang memasuki fasa ketiga (2000-?), dengan menumpukan perhatian kepada bagaimana internet boleh mempengaruhi keberuntungan. Keberuntungan tidak bermakna sekadar meningkatkan hasil kasar tetapi mengurangkan margin kasar. Fasa ini dinamakan sebagai e niaga dan ia merangkumi semua aplikasi dan proses yang membolehkan syarikat menjalankan urus niaga perniagaan. Selain merangkumi e-dagang, e niaga juga merangkumi aplikasi bahagian depan dan sokongan yang membentuk enjin teras untuk perniagaan moden.
E-dagang boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu e dagang di antara perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang di antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang di antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua muka atau lebih syarikat di mana satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual produk akhir dengan  pengguna.
E dagang menggunakan Internet untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak. Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana sahaja di dunia. Ia kini di gunakan secara meluas terutamanya di Negara barat malah di akui oleh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh di abaikan. Internet pula menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Aktiviti e-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan.

3.0 KEPENTINGAN E DAGANG DALAM PERNIAGAAN

Kepentingan e-dagang dalam perniagaan dapat di lihat dari pelbagai sudut antaranya memberi keselesaan membeli-belah dalam ketenteraman rumah dimana keadaan ini memberi peluang kepada pembeli untuk berbincang bersama ahli keluarga sebelum membuat pembelian.  Setiap belian yang menepati keperluan seisi keluarga adalah menjimatkan. Selain itu e-dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini.  Kemesraan ini terletak kepada susun atur yang mudah untuk dilayari serta mempunyai penerangan untuk setiap barangan dalam laman web.
Para peniaga juga boleh membuat promosi dengan mudah iaitu mengiklankan setiap produk mereka dengan menggunakan kemudahan Internet seperti Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), e-mail dan pelbagai medium lain. Kerja-kerja promosi bukan sahaja dapat dijalankan dengan mudah, malahan kosnya juga dapat dikurangkan, antaranya kos pengangkutan, kos sewaan, insurans kawalan dan tenaga kerja dalam aktiviti promosi. Penggunaan e-dagang dalam perniagaan juga dapat membantu menyampaikan maklumat perniagaan kepada pihak berkenaan seperti pelanggan dengan pantas dalam masa yang singkat secara tidak langsung dapat menyebarkan maklumat dengan lebih pantas, efisyen dan tepat. Kaedah e-dagang ini juga memberi kebaikan kerana semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan mempunyai satu rangkaian yang sama. Dengan cara tersebut, sebarang urusan pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat di jalankan secepat mungkin tanpa mengisi borang kertas.

Kebanyakan syarikat menggunakan sistem e-dagang kerana ianya mudah dikendalikan dan boleh membantu meningkatkan keuntungan.  Disamping itu juga, ia banyak memberi peluang kepada pihak pembekal-pembekal dan juga pihak peniaga tidak kira di mana mereka beroperasi. E-dagang kini semakin berkembang dan menjadi perhatian terutama kepada industri yang melibatkan perdagangan, perniagaan, pelaburan, perbankan, sektor awam mahupun swasta dan sebagainya.

Terdapat beberapa syarikat yang telah menyesuaikan penggunaan aplikasi menerusi e-dagang ini dengan cara atau kaedah yang disarankan seperti kewujudan laman sesawang untuk memudahkan urusan perniagaan, perkongsian maklumat dan sebagainya.  Dengan wujudnya laman sesawang sedemikian, ia membolehkan urusan jual beli dilakukan dengan hanya perantaraan menerusi internet sahaja.  Justeru itu, ianya sudah pasti akan dapat mengurangkan kos dari segi logistik dan pengurusan juga mampu meningkatkan hasil jualan yang lebih menguntungkan.

4.0 TAHAP PENGGUNAAN E DAGANG DI MALAYSIA

Di Malaysia terdapat 21 juta pengguna internet daripada 30 juta penduduk di Negara ini. Bagaimanapun, kadar penggunaan e-dagang masih kecil berbanding negara lain dan kita lihat pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas Digital mampu meningkatkan lagi pergerakan perdagangan dalam platform berkenaan kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Chua Tee Yong. Penggunaan perniagaan berkonsepkan e-dagang ini wujud apabila pihak kerajaan menubuhkan badan yang memberi keutamaan dalam penggunaan internet. Dapat dilihat pada tahun 2006, kerajaan telah melancarkan kesemua sistem perkhidmatan awam menggunakan sistem online atau atas talian dalam urusan rasmi mashupun urusan perniagaan sesama kerajaan. Pendekatan tersebut dilaksanakan setelah melihat perkembangan penggunaan aplikasi menerusi online meresap begitu pesat di beberapa negara dan kerajaan melihatnya sebagai satu kaedah yang terbaik. Oleh demikian, pengukuran sasaran oleh kerajaan di gunakaan dalam memastikan mutu perkhidmatan berasaskan e-dagang mampu di terima pakai dan di sesuaikan oleh perkhidmatan yang di tawarkan kepada pengguna.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata, bilangan usahawan desa yang menggunakan kemudahan e-dagang pada ketika ini sangat kecil dibandingkan dengan usahawan di kawasan bandar yang menggunakan kaedah tersebut secara meluas. Katanya, e-dagang atau perniagaan secara dalam talian penting untuk dipelajari kerana kaedahnya tidak memerlukan modal yang besar, kurang menggunakan tenaga kerja selain tidak perlu menyewa kedai untuk mempamerkan produk yang mahu dijual.
Menurut CyberSecurity Malaysia, e-perniagaan mula berkembang di negara ini sebelum tahun 2009. Namun, kerana masyarakat Malaysia masih ragu-ragu dengan keberkesanan kaedah itu, mereka hanya mula menerima kemudahan teknologi e-perniagaan sekitar tahun 2010 dan semakin pesat pada tahun ini. Oleh kerana sistem perniagaan e-perdagangan itu masih baru maka pengguna Internet di negara ini begitu teruja untuk mencubanya sedangkan ketika mula-mula muncul, tidak ramai yang sedar tentang risikonya.

Beberapa polisi dan juga strategi telah diambil oleh pihak kerajaan dan juga para peniaga bagi memastikan perniagaan secara e-dagang di Malaysia dapat di jalankan dengan lebih berkesan. Namun begitu, terdapat beberapa isu dan juga perkara yang perlu diberi perhatian semasa melakukan perancangan dan juga polisi serta strategi bagi e-dagang di Malaysia. Hal ini adalah termasuk dengan perkara yang melibatkan kepelbagaian adat resam, agama dan juga kebudayaan kerana Negara kita terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang kaum. Ini akan menjadikan kelainan dalam merencanakan polisi dan juga strategi bagi e-dagang ni Negara ini. Pihak kerajaan dan juga pihak swasta perlulah memainkan perasan dalam memastikan polisi dan strategi ini dapat di jalankan.

5.0 CABARAN DAN HALANGAN PENGGUNAAN E DAGANG

Halangan sebenar kepada pertumbuhan perdagangan elektronik ialah ketiadaan antara muka yang mesra pengguna pada masa ini di samping ketiadaan proses penggunaan yang ‘dramatik’. Peruncit dan pemborong yang dapat memindahkan ciri ‘lihat dan rasa’ ini kepada perniagaan dalam talian akan mencapai kejayaan. Dalam e-dagang, kita memasuki fasa baru dalam sejarah perniagaan : era reka bentuk e niaga. Cabaran yang dihadapi syarikat hari ini ialah dalam penciptaan dan perlaksanaan corak e niaga yang berkesan.
Antara cabaran dan risiko penggunaan e-dagang ialah membuat pembayaran pendahuluan terhadap barangan yang ingin dibeli tetapi tidak menerima barangan tersebut. Ini boleh berlaku sekiranya barangan tersebut dibeli menerusi blog, laman sosial atau emel terus dari individu tertentu yang tidak dikenali dan tidak disahkan sama ada berdaftar atau tidak sebagai peniaga online melayari laman web palsu atau laman tiruan yang menyerupai laman web berdaftar. Ini dikenali sebagai laman web phishing. Pengguna sukar untuk membezakan laman web yang sebenar dan laman tiruan kerana kedua-duanya sama dan yang membezakan laman-laman web tersebut adalah alamat URL. Agak sukar untuk membuktikan penipuan online dan mendapatkan semula wang pendahuluan, dan agak sukar untuk mendapat pembelaan sewajarnya sekiranya berlaku pertikaian dan urusan jual beli secara online.
Bentuk penipuan lain ialah pembeli menipu penjual dengan cara membeli barangan secara online di laman e-perniagaan yang sah tetapi bayaran dibuat dengan menggunakan maklumat kad kredit seperti nombor kad kredit yang dicuri atau kad kredit yang diklon. Cyber Security juga mengesan kes pembeli menipu penjual yang mengiklankan barang untuk dijual di Internet. Pembeli memalsukan pembayaran dengan menghantar notifikasi palsu kepada penjual, kononnya dari PayPal mengatakan wang telah dimasukkan oleh pembeli ke akaun penjual. Kemudian penjual tertipu dengan notifikasi palsu tersebut dan terus menghantar barang kepada pembeli. tetapi wang sebenarnya tidak dimasukkan ke akaun penjual. Bagi peniaga pula, mereka berdepan cabaran besar bagi memastikan laman e-perniagaan mereka selamat dan cabaran tersebut antara lain, ialah mengenal pasti kelemahan dan risiko laman web mereka digodam oleh penjenayah siber dan seterusnya, mengambil langkah berjaga-jaga dengan cara pemasangan peralatan dan perisian tertentu bagi mengatasi risiko tersebut.
Selain itu, cabaran yang di hadapi di Negara luar juga sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perkembangan e-dagang di Malaysia. Ini kerana perkembangan e-dagang dari negara luar akan memberi impak yang positif terdapat penggunaan e-dagang di Malaysia memandangkan masyarakat di Malaysia selalunya di kategorikan sebagai masyarakat yang lambat menerima sesuatu teknologi baru. Masyarakat di Malaysia amat sukar menerima terus sesuatu teknologi baru tanpa adanya bukti atau perkembangan yang positif dari negara luar akan kejayaan sesuatu teknologi baru yang di gunapakai.
Mengulas lanjut mengenai persepsi atau tanggapan masyarakat ketika ini berkenaan pembelian secara  online, generasi Y lebih mudah mempercayai dan menggunakan teknologi e-perniagaan kerana mereka telah membesar dengan keperluan teknologi mudah alih dan internet. Namun golongan berumur 35 tahun ke atas mengambil masa untuk membeli melalui e-perniagaan kerana sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk memastikan kualiti barangan yang dibeli secara dekat dan menyaksikan sendiri kewujudan premis perniagaan.
6.0 FAKTOR PENDORONG PENGGUNAAN E DAGANG

Terdapat pelbagai faktor pendorong yang menyebabkan kepada penggunaan e-dagang ini. Diantara  salah satu faktor tersebut ialah kemudahan untuk mengakses internet. Laman web e-dagang boleh berfungsi sebagai alat untuk berkomunikasi dan berhubung bagi  pelanggan dan orang awam. Hasil kajian turut mendapati bahawa faktor mudah digunakan turut memberi kesan terhadap keinginan seseorang untuk membeli secara atas talian. Pada masa kini, kita dapat lihat pelbagai perniagaan secara online di lakukan melalui Facebook, Instagram, Wechat dan WhatsApp. Lazimnya, pengguna akan mengenal pasti atau mencuba sesebuah aplikasi yang disediakan untuk mengetahui kemudahan dan keistimewaan yang ditawarkan seterusnya mempengaruhi pengguna untuk terus mencuba atau menggunakan sistem tersebut.
Seterusnya faktor kepercayaan. Ia menggalakkan lebih banyak penggunaan teknologi e-dagang, menjadikan proses e-transaksi lebih mudah, meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaan e-dagang, membawa kepada peningkatan komitmen pengguna, meningkatkan kepuasan pelanggan,mengekalkan hubungan dengan pelanggan dan membantu memperoleh faedah yang kompetitif. Disamping itu, kesetiaan pelanggan juga adalah merupakan salah satu faktor. Ia wujud apabila terdapat komitmen yang kuat dalam sesuatu jenama dan ini penting bagi mengambil kepercayaan pelanggan yang berterusan terhadap jenama yang dibeli.

Jika pengguna telah mempercayai sesuatu jenama ia akan mempengaruhi  dan mengesyorkan kepada orang lain. Oleh itu, banyak syarikat menggunakan pemasaran pertahanan strategi bagi meningkatkan bahagian pasaran dan keuntungan mereka dengan memaksimumkan pengekalan pelanggan. Konsep "Online Shopping" menjadi trend pada hari ini. Faktor kemudahan dan kecepatannya seolah-olah menjadi sebab yang paling jelas kenapa pembeli lebih suka membeli-belah dalam talian.

Faktor lain yang mempengaruhi pengguna untuk membeli-belah dalam talian adalah persaingan harga dan tawaran yang ditawarkan oleh peniaga dalam talian. Dengan membeli online pengguna dapat menjimatkan wang  kerana harga yang lebih murah di tawarkan oleh peniaga dalam talian berbanding di luar. Pengguna amat
menitikberatkan kos pembelian semasa menggunakan pembelian secara talian ini. Harga yang berpatutan akan menjadi pilihan pertama termasuklah kualiti barangan atau produk.  Faktor keselamatan pula merupakan faktor yang paling penting dalam penggunaan e-dagang dimana berlakunya urusan perpindahan transaksi seperti urusan pembelian secara atas talian ini melibatkan penggunaan perpindahan kad kredit ataupun menerusi kad debit. Penggunaan transaksi ini boleh mengundang kepada pencerobohan maklumat peribadi dan akaun pengguna seperti kecurian kata laluan, pengodaman, dan spam.

Dari sudut organisasi pula, faktor yang mendorong organisasi menggunakan e-dagang dalam perkhidmatan mereka adalah kerana e-dagang kini semakin meluas di gunakan di kalangan masyarakat terutamanya di negara-negara barat. E-dagang juga telah menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin ke persada antarabangsa. Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini adalah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat yang berhubung baik sebagan pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan menggunakan kaedah ini, pertukaran maklumat dan juga transaksi perniagaan dapat di jalankan dalam sekelip mata. Cara ini dapat menggantikan cara yang dahulunya mungkin dibelenggu dengan kerenah borang-borang kertas. Secara idealnya, semua ini dapat di jalankan dengan lebih efisyen oleh semua pihak yang terlibat dalam rangkaian e-dagang.

7.0 KESIMPULAN

E-dagang merupakan sistem perniagaan dan jual beli yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat serta alat telekomunikasi canggih yang  dapat melindungi dan memuaskan penggunanya yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, serta pengeluar sijil pengesahan digital. Peniaga perlu sentiasa bersedia dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran supaya dapat terus ke hadapan mengikut arus globalisasi. Malah, mereka juga harus terus kreatif dan inovasi untuk bersaing dengan pesaing lain memandangkan semakin ramai peniaga yang menceburkan diri disebabkan kemudahan dan keuntungan yang memberangsangkan daripada perkhidmatan e-dagang
Pembelian secara online adalah selamat sekiranya pengguna berurusan dengan pihak yang sah. Pengguna perlu memastikan peniaga e-perniagaan adalah syarikat yang berdaftar dan mengamalkan polisi jual beli barangan yang jelas mengikut amalan e-perniagaan yang baik. Ini boleh dilakukan dengan menjalankan kaji selidik terhadap sesebuah syarikat e-perniagaan ataupun dengan mengenal pasti pensijilan pihak ketiga seperti Malaysia Trustmark. Oleh itu, pengguna Internet di Malaysia yang membuat pembelian secara online boleh meningkatkan keyakinan memanfaatkan sistem tersebut melalui kaedah pengesahan daripada pihak ketiga iaitu organisasi bebas yang diberi kepercayaan oleh kerajaan untuk menilai dan memantau pemilik e-perniagaan tersebut.
Perkembangan e-dagang di Malaysia sememangnya sudah berada pada tahap yang melonjak meningkat dari semasa ke semasa. Dengan usaha dan inisiatif daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kerajaan agar memastikan sistem e-dagang ini di impimentasikan sepenuhnya oleh masyarakat di  Malaysia. Pelbagai faktor dan kerangka dan pembinaan infrastuktur telah membangun kelak. Ia sejajar dengan perkembangan pesat  sistem e-dagang telah diterapkan oleh beberapa Negara maju dan sedang membangun bagi memacu ekonomi masing-masing.

RUJUKAN BUKU

Dr Ravi Kalakota & Marcia Robinson. (2008). E niaga 2.0 : Panduan Untuk Berjaya. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
Don Tapscott. (2006). Rangka tindakan ekonomi digital : Membina Kekayaan Dalam Era E-Niaga. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad

RUJUKAN AKHBAR
Selasa, 22 November 2016 @ 7:15 AM – perkasa e dagang – harian metro
Rabu, 30 November 2016 @ 12:19 AM - Usahawan desa diperkasa E-Dagang – Oleh Azrul Hakimie Anuer

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20131202/ke_01/Ancaman-jenayah-e-dagang